Suami isteri cedera rempuh lembu berkeliaran


KUALA KRAI - Sepasang suami isteri bernasib baik hanya cedera walaupun kereta dinaiki rosak teruk setelah merempuh lembu di Kampung Keroh, petang semalam.
Mangsa, Mohd Rahmat Hanafi, 23, berkata ketika kejadian dia dan isteri, Nurul Hafizah Mazlan, 24, dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Rantau Panjang.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, terdapat lembu di sebelah kanan jalan.
“Ketika kejadian isteri yang memandu, ketika itu kenderaan di sebelah kanan (laluan setentang) berderet.
“Kemungkinan terkejut dengan kenderaan yang banyak lembu berkenaan bertindak melintas jalan terus berada di hadapan kereta kami hingga isteri tak dapat mengelak,” katanya.
Katanya, kejadian menyebabkan isterinya dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun dia yang turut cedera hanya menunggu kenderaannya ditunda trak tunda ke bengkel.
Katanya, kejadian sedemikian tidak akan berlaku sekiranya pemilik lembu lebih bertanggung jawab.
Tambahnya, ternakan seperti lembu tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di kawasan jalan yang agak sibuk.
“Jalan ini, penternak tidak sepatutnya melepaskan ternakan mereka. Lembu-lembu ini seperti lembu terbiar,” katanya.
Katanya lagi, pihak bertanggungjawab perlu bertindak bagi mengelak lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa.
Baru-baru ini seorang pekerja restoran makanan ringan yang bertugas di Tanah Merah maut dipercayai melanggar lembu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik habis bekerja.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suami-isteri-cedera-rempuh-lembu-berkeliaran-1.750145
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==