Rupanya Ada Sebab Otak Anak Perlu Dirangsang! Pakar Kanak-Kanak Ini Ada Penjelasannya.

NORHASLIZA PaMa

Perkembangan otak si manja amat penting dilakukan oleh setiap ibu bapa sejak lahir sehingga enam tahun. Tahap ini adalah usia yang kritikal untuk merangsang potensi otak si manja.

Menurut Dr. Puteri Afzan Maria Zulkifli, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak amat penting komponen dalam otak dirangsang pada enam  tahun pertama. Ini kerana, otak akan fokus pada perkembangan komponen yang lain pula apabila usia enam tahun pertama.

Ini sebab otak anak perlu dirangsang

Sel otak akan ‘mati’

1.Setiap kanak-kanak perlu diberi rangsangan otak secara optimal mengikut tahap umurnya. kerana setiap sel otak perlu distimulasikan untuk mengelak ia ‘mati’ begitu sahaja tanpa dirangsang secara positif.

Membantutkan perkembangan komponen otak

2. Pendedahan gajet yang terlalu awal berkemungkinan besar membantutkan komponen-komponen yang seharusnya dirangsang. Bahagian otak akan mengalami ruang kosong iaitu ‘matinya’ sel neuron apabila si manja yang kurang rangsangan deria di bawah enam tahun. Sayang sekali jika anda tidak memantau rangsangan kepada anak anda.

Bersikap seakan autisme

3. Kanak-kanak yang kurang rangsangan sensori mengalami ciri-ciri seakan-akan autisme atau juga dikenali sebagai Sensory Processing Disorder. Jika mereka tidak dibantu, berkemungkinan besar, otak mungkin akan kekal tanpa rangsangan yang mencukupi atau akan mengambil masa yang sangat lama untuk dipulihkan.



Bagaimana merangsang otak si manja?

Lebih banyak anda berkomunikasi dengan anak, lebih besar kosakata mereka. Elakkan meletakkan anak anda di hadapan TV atau Gajet. Ini kerana perhubungan satu  hala ini hanya akan melatih otak untuk jadi malas dan hanya menerima input, tanpa keperluan berfikir. Lakukan aktiviti yang dapat menstimulasikan setiap deria  antaranya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Banyakkan aktiviti berbual, pergerakan jari jemari, genggaman, tangan, badan dan kaki dan aktiviti yang melibatkan cermin supaya si manja dapat melihat reflek kepada diri mereka. Anda juga boleh banyakkan zikir dan menyanyi, sambil melakukan ‘action words’.

Sumber: Pa & Ma
http://www.manggahijau.com/tips/rupanya-ada-sebab-otak-anak-perlu-dirangsang-pakar-kanak-kanak-ini-ada-penjelasannya/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==